Wednesday, March 4, 2015

Pikiran yang terlalu banyak dan macam - macam

Jauhi aku bila
Aku mula tunjuk muka penat
Bila
Aku mula jawab dengan kemarahan
Bila 
Aku mula sangkal dengan kata
Sebab
Aku sudah mula layan jahanam aku
Jangan biarkan negativiti di seluruh pelusuk tubuhku
menarik positiviti kamu yang belum kukuh
terus menjunam ke titik kosong
Tolong -- tinggalkan aku
Cari positiviti yang boleh kukuhkan kamu
Tolong -- tinggalkan aku
Kerna kadang aku cuma mahu bersendirian bertemankan jahanam
Tolong -- jangan relakan penyatuanku dengan jahanam ini terus mengasari kamu
Tapi tolong -- jangan tinggal lama
Aku masih butuh kamu
Kan sudah ku nyatakan ini cuma terkadang
Beri aku ruang
Aku sedar aku tampak pentingkan diri
Ini, cuma aku.



No comments:

Post a Comment