Transisi perjalanan dari jahanam ke neutral.
Transaksi pembuangan jahanam itu semasa tempoh transisi.
Bermula bila mata dan akal akhirnya sedar
Jahanam cuma menyelubungi
Tak pernah membelenggu
Ahhh lamanya masa terbazir!
Jahanamnya rasa jahanam
yang sudah hampir suku abad membelenggu diri.
Rupanya hanya perlu dileraikan dengan
rasa bahagia yang hadir walaupun sedikit.
Silap aku bila --
Aku sentiasa melayan rasa jahanam
Silap aku bila --
Takut untuk berasa bahagia
Sampai saat kekuatan datang singgah
Ku pegang dan simpan kemas
Takkan berpaling
Kerana kekuatan yang datang dari Tuhan
Tidak berani untuk aku tidakkan
Terima kasih Tuhan
Untuk rasa ini semuanya - jahanam dan bahagia.
Faznali