Saturday, December 29, 2012

Serius buat aku menangis



PUISI BUAT AYAHANDA

Tuesday, November 20, 2012

Wednesday, October 31, 2012

for u

kalau dulu aku yang ditatih berjalan,
aku yang disuap abah,
aku yang dicebok berak,
aku yang dimandikan,
aku yang dijaga demamnya.

sekarang, aku pula yang melakunya
aku yang menyuap
aku yang mencebok
aku yang memandikan
aku yang menjaga demam

rindu mahu lihat abah berjalan.
rindu mahu diambil di Kuala Selangor,
kemudian kita singgah beli cendol durian
kita singgah beli buah mata kucing
semua yang kegemaran kite.
rindu mahu makan disuap.
rindu mahu bermanja.
rindu mahu bergaduh.

betullah, masa kita ada sesuatu tu
kita takkan perasan betapa kita boleh sangat merindukannya
kite rindu abah
semoga cepat sihat.

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 8, 2012

Kalau Betul



Dari side aku;
Kalau betul kau masih sukakan aku,
takkan kau setuju saja
Kalau betul kau masih sukakan aku,
takkan kau berdiam diri
Kalau betul kau masih sukakan aku…


Dari side kau, mungkin;
Kalau betul kau masih sukakan aku,
takkan kau minta ditinggalkan
Kalau betul kau masih sukakan aku,
takkan kau menurut saja
Kalau betul kau masih sukakan aku,
takkan kau buat tak peduli

Itupun, kalau betullah.









**Jangan risau kawan2, aku dah tak terlalu ikut perasaan sekarang. just go with the flow :)
**dan aku sudah belajar untuk redha dengan ketentuan Allah. #senyum

Friday, October 5, 2012

Favourite Quote #1


MUNGKIN, siapa tahu?

Wednesday, September 26, 2012

Mungkin




Mungkin aku dah delete entry pasal kau
Mungkin aku dah koyak tulisan aku pasal kau
Mungkin aku dah remove blog pasal kau
Mungkin aku dah tak hati nak baca RANAP
tapi
mana mungkin aku buang kau dari hati aku.






**Ahhhh!! mungkin aku banyak sangat masa untuk dibazirkan sekarang ni.

DUIT




Bile tengah ade, adelah.
Bile tengah takde, takde langsung.

**Macam mane nak bagi ade jer.. fenin2. Xnak guna..keperluan. Dah guna..habis. 

Wordless Wednesday #1 - Sharing is Caring :)


Sunday, May 6, 2012

Diam

Kenapa susah sangat mata ni nak menangis
Penat aku tunggu
Takde setitik pun yang keluar
Dah sakit sangat pun 
Aku xmampu nak nangis
Xmampu nak mengerang
Aku cume boleh diam
Sebab tu je yang aku selalu buat
Diam.