Sunday, June 28, 2015

Wasiat wakif organ


Untuk makluman
Hatiku jangan dicari
Kerna aku hidup tanpa hati
Ku simpan dalam balang kaca

Ia menjadi debu sudah.

bagaimanakah bisa

Kalau figura dan filantrofi 
yang terkenal lagi agung 
bisa mencuba sejuta kali
sampai diterima,
bagaimana aku yang biasa-biasa
boleh berhenti
di tapak mula?
menyedihkan!


Khamis
25.06.2015
Cyberjaya

Tuesday, June 16, 2015

se-MALAM

Semalam yang suram
Jangan kau ulang
Jangan juga kau buang
Simpan
Jadikan pedoman
Untuk kau teruskan hari ini
Yang bakal jadi semalam


Putrajaya Sentral
9.30 pm
Isnin, 7 Oktober 2013