Sunday, January 25, 2015

Bagi

Dia cuba bagi hatinya pada setiap yang meminta

Sampai terkadang tak sedar
tiada yang tersimpan untuk dirinya,

Bukan sebab dia mahu nampak agung di mata sejagat

Cuma dia tahu rasanya menjadi yang meminta

Jadi dia putuskan untuk tidak menolak dan sentiasa beri walau tiada

Kerana dia ingat kuat perih pedih bila hati yang diminta tiada dapat




23.01.2015 (Jumaat)
Putrajaya

Wednesday, January 21, 2015

Logik Si Jahanam

Di hari kau bangun dan rasa terpaling jahanam itu datang,

maka lekas SIAP!


Pekatkan inai yang dijemari,

sarungkanlah pakaian yang terpaling cantik,

paksakan semula jadi senyuman yang terpaling manis,

lontarkan suara yang terpaling sopan,

dan hidupkan juga suis mudah terhibur.


Hanya kerana – 

yang lain sudah punya beban jahanam mereka sendiri,

jangan tergamak ditambahkan lagi palitan jahanam mereka.


Dan aku mohon –

di hari itu yang mana jika kau terperasan aku terlihat paling kuat serinya,

tolong jangan tinggal aku seorang,

mohon juga jangan tanya apa-apa,

cuma datang dan teman duduk di sebelah, 

untuk lihat dan hadam bagaimana diam-nya si jahanam ini yang cerita segala.

:)




14.01.2015 (Rabu)

Cyberjaya

Tuesday, January 13, 2015

Instinct Bonda

Lewat senja tadi
Walau fikiran penuh menyerabut
Mata masih belum mahu nangis
Luah rasa sama Tuhan
Minta tolong tunjukkan jalan
Bonda tiba tanya khabar
Tangis tiba luncur laju
Terima kasih Tuhan
Rupanya aku cuma rindu dia
Yang ditelapak kakinya
Letaknya syurgaku


13.01.2015
Cyberjaya



*bila hati sedang ranap - tangan sama akal laju fikir untuk luah rasa. Padahal selalunya - rasa dibiar pendam diam dalam-dalam.