Saturday, December 29, 2012

Serius buat aku menangis



PUISI BUAT AYAHANDA

Tuesday, November 20, 2012

Wednesday, October 31, 2012

for u

kalau dulu aku yang ditatih berjalan,
aku yang disuap abah,
aku yang dicebok berak,
aku yang dimandikan,
aku yang dijaga demamnya.

sekarang, aku pula yang melakunya
aku yang menyuap
aku yang mencebok
aku yang memandikan
aku yang menjaga demam

rindu mahu lihat abah berjalan.
rindu mahu diambil di Kuala Selangor,
kemudian kita singgah beli cendol durian
kita singgah beli buah mata kucing
semua yang kegemaran kite.
rindu mahu makan disuap.
rindu mahu bermanja.
rindu mahu bergaduh.

betullah, masa kita ada sesuatu tu
kita takkan perasan betapa kita boleh sangat merindukannya
kite rindu abah
semoga cepat sihat.