Tahniah sebab jumpa carian ini di google
percaya atau tidak
sebenarnya
kebodohan manusia itu terletak antara sedar dan tahu
Di saat kau terasa kebodohan teramat akibat
satu perbuatan bangang yang kau sentiasa ulang tayang
tanpa rasa jemu dan tahu
maka sedarlah yang kau belum sedar lagi
sebab mengetahui hakikat kejadian sesuatu perkara itu belum tentu
mampu membuat kita sedar tentang perkara tersebut
@faznali
Dua hari
tanpa babybu
aku kembali kepada rutin menaiki bas
-hari pertama
terlambat kerana terbiasa keluar lambat
makanya ku naik teksi saja
pulang masih menaiki bas
cuma tersalah tempat menunggu pada mulanya
-hari kedua
pergi dan pulang menaiki bas
cuma terturun awal semasa pergi
jadi terpaksa jalan extra mile
dan sampai opis dah bau masam haha
dua dua hari terserempak dengan kakak opis yang berlainan
dua dua pelik kenapa aku menaiki bas
Dua tahun
dah berlalu rupanya
aku hidup selesa
tanpa perlu berjalan kaki ke tempat menunggu bas
walau tak jauh
sekadar 5-10 minit perjalanan kaki
masih terasa penat sebab dah terbiasa bersenang menaiki kereta
membuatkan rasa bersalah menerpa
bila teringatkan adek yang terpaksa
menaiki bas dan berjalan kaki
bila aku terlambat ambil dia pulang dari kerja
sudahlah penat berdiri saja di tempat kerja
kena pulak berjalan kaki
teringat jugak jasa bos dan kawan setempat kerja
yang kadang-kadang sudi menumpangkan aku ke hentian bas
Dua belas tahun (mungkin lebih, mungkin kurang)
kakak opis aku
menaiki bas dari rumahnya di KL ke opis di Cyberjaya
3 bas bertukar
dan bermula menaiki bas dari pukul 6.30 pagi
Aduh gigihnya
Malu aku mendengar
Bila kita kembali pada basic life, banyak yang kita boleh belajar dari orang sekeliling.
Membuatkan kita kembali sedar juga bahawa kesusahan atau dugaan yang kita hadap sekarang, tidak sebanding yang orang lain punya.
Semoga kita semua terus tabah harung hidup ni. Ingat! Tuhan sentiasa ada :)
I want to be as happy a child would be
You know I love to see how boys ( the little one) play with other boys
Their imagination is sometimes beyond our expectation - maybe just mine
They scream like a girl
They say cute things like
- this lorry is gonna turn into transformers tadadada kuasa satria baja hitam
They are innocent
Yeah I love innocent pure heart
One - that I didn't have.
That's why I love to be around kids.
Faznali
07.12.2015